SEJARAH VISI MISI

 

 

 

SEJARAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi berjaya ditubuhkan atas perjuangan pemimpin masyarakat Islam di Sarawak khususnya di Kuching yang mempunyai kesedaran untuk memajukan pendidikan Islam di Sarawak. Masyarakat Islam perlu memiliki ilmu duniawi serta pendidikan Islam untuk membolehkan mereka  maju dalam segala aspek kehidupan dan seterusnya menjadi ummah yang disegani oleh masyarakat lain dalam negeri yang berbilang bangsa ini.

            Penubuhan sekolah ini juga diharap dapat melahirkan umat Islam yang berkualiti  dan menjadi golongan pemimpin Islam yang akan meneruskan dan mengekalkan kepimpinan Islam yang sedia ada pada hari ini.

            Sebelum sekolah ini ditubuhkan, Sekolah Datuk Abdul Rahman (SEDAR) telah dibuka untuk memberi peluang kepada kanak-kanak Islam yang gagal melanjutkan pelajaran mereka di sekolah kerajaan kerana gagal dalam peperiksaan ‘Common Entrance’. Namun apabila ‘Common Entrance’ dihapuskan pada tahun 1974, SEDAR pun ditutup.

            Penutupan SEDAR tidak mematahkan semangat pemimpin masyarakat Islam untuk meneruskan perjuangan mereka bagi memajukan pendidikan Islam di Sarawak.. Penubuhan Lembaga Darul Falah pada tahun 1981 yang bertujuan antara lainnya   mengembangkan pendidikan di kalangan masyarakat Islam di Sarawak sekali lagi memberi peluang kepada pemimpin masyarakat Islam untuk merealisasikan hasrat       mereka. Datuk Anis bin Haji Abot yang dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak pada tahun 1985 telah berusaha untuk meneruskan perjuangan pemimpin masyarakat Islam tempatan untuk menubuhkan sekolah agama di Sarawak. Atas usaha yang gigih itulah tertubuhnya  Sekolah Rendah Agama Majlis Islam pada tahun 1985.

            Sekolah Menengah Bantuan Agama Islam Sarawak telah dibuka pada 1 Disember 1990. Penubuhannya menambah lagi peluang kepada anak-anak masayarakat Islam negeri ini  melanjutkan pelajaran mereka di sekolah aliran agama di samping Sekolah Menengah Kerajaan Agama Syeikh Othman Abdul Wahab, Sekolah Menegah Kerajaan Agama Matang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri.

            Proses penubuhannya dipercepatkan apabila pihak ibu bapa murid-murid SK(A)Datuk Haji Abdul Kadir Hassan semakin mendesak pihak Majlis Islam supaya menubuhkan sebuah sekolah menengah agama bagi membolehkan anak-anak mereka    meneruskan pelajaran peringkat menengah di sekolah yang sama. Kejayaan Yang Berhormat Datuk Abang Haji Johari bin Tun Abang Haji Openg dan Yang Berbahagia Datuk Anis bin Haji Abot  dalam meyakinkan pihak kerajaan negeri pada masa itu tentang kepentingan penubuhan sekolah ini dan cara pentadbirannya amat signifikan. Ekoran daripada kejayaan tersebut, pihak Majlis Islam Sarawak telah melantik al-marhum Tuan Haji Khalid Kaderi sebagai pegawai yang akan bertangungjawab untuk    mengendalikan urusan pendaftaran dan menjaga kepentingan dan keperluan sekolah ini. Sekolah ini didaftarkan sebagai sebuah sekolah bantuan kerajaan. Dengan itu Majlis   Islam Sarawak melalui Jabatan Agama Islam Sarawak akan bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal sementara urusan pentadbiran, kurikulum dan ikhtisas, penempatan murid dan guru adalah dibawah kawalan pihak Jabatan Pelajaran Sarawak.

            Walaupun tujuan utama pembukannya pada ketika itu adalah untuk menempatkan murid-murid SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, namun sejajar dengan hasratnya untuk melahirkan ummah yang berkualiti, sekolah ini juga telah menerima murid-murid Islam dari sekolah rendah kerajaan di sekitar Bandar Kuching pada masa itu.

            Sekolah yang baru dibuka itu telah menumpang beberapa buah bilik darjah di SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan sehinggalah premis tetapnya siap dibina pada tahun 1997. Pada 31 Januari 1997, sekolah ini telah berpindah ke premis baru ini yang terletak bersebelahan dengan SK(A) Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di atas tapak seluas 80 ekar dengan kos binaannya sebanyak RM20 juta. Sekolah ini telah dirasmikan pada 19 Mei 1997.

            Selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1991, semua sekolah menengah telah dijadikan sekolah menengah kebangsaan, sekolah ini telah bertukar nama kepada SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA MAJLIS ISLAM SARAWAK. Semasa perayaan   sambutannya yang ke-10 tahun  pada 6 Jun 2001, sekolah ini dinamakan sebagai SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN AHMAD ZAIDI sebagai memperingati ketokohan, sumbangan dan jasa al-marhum Tun Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammad Nor yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-lima.

 

KE-ATAS

 

 

VISI

SMK Agama Tun Ahmad Zaidi menjadi sekolah pilihan utama menjelang tahun 2010. 

 

KE-ATAS

 

MISI

Melahirkan generasi intelek Islam yang kamil demi memertabatkan ilmu, addin dan keutuhan ummah berpaksikan kepada Al-Quran dan assunnah dengan :

 

KE-ATAS