| Dibuka pada 1 Disember 1990 atas inisiatif MIS untuk menampung kemasukan pelajar Darjah 6 SK (A) DHAKH dalam rangka perjuangan umat Islam negeri ini untuk mendidik anak bangsa yang bukan sahaja memiliki keilmuan yang tinggi, juga mempunyai kemantapan aqidah, keteguhan iman, berwibawa dan mempunyai daya tahan yang kental untuk menempuh cabaran dalam dunia serba maju. Matlamat - untuk meneruskan cita-cita murni umat Islam bagi melahirkan segolongan anak bangsa yang berpendidikan dan berakhlak mulia. |